yasin
Yasin Sulaiman ialah seorang penyanyi lelaki tersohor dari Malaysia yang memperjuangkan lagu-lagu berentak "world music" dan meniti populariti tersendiri pada era 2000an. Beliau memulakan kerjaya seni menerusi kumpulan nasyid The Brothers sejak 1995. Lagu solo nyanyiannya yang berjudul Mimpi Laila berjaya menaikkan nama beliau sebagai penyanyi dan komposer apabila memenangi gelaran juara keseluruhan di Anugerah Juara Lagu 2001. Album solo keduanya yang berjudul Salsabila pula memenangi anugerah Album Pop Etnik Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-10 pada tahun 2003. Kini beliau banyak menumpukan kepada kerjaya sebagai penerbit dan pencipta lagu. Antara lagu popular ciptaannya adalah Wassini (Waheeda), Lagu Rindu (Siti Nurhaliza), Ku Temu Cahaya (Dayang Nurfaizah) dan Alhamdulillah (Too Phat).